Jumaat, 3 Februari 2012



Ini hanyalah panduan RPH yang mungkin dapat membantu guru dalam P&P. Harap maaf jika ada kekurangan dan kesilapan. Moga kita dapat manfaat darinya.

Rancangan Pelajaran Harian

Mata pelajaran          : Teknologi Maklumat
Tahun                        : 1 Kenanga
Bilangan pelajar       : 30 orang
Tarikh                         : 20.10.2011
Masa                          : 2.40-3.40 petang
Standard Kandungan : 2.0 Memilih dan Mengaplikasikan sumber TMK yang      
                                           bersesuaian.
Standard Pembelajaran : 2.1  Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen
                                                  pemprosesan perkataan atau perisian
                                                  persembahan.
                                          2.3  Menggunakan pemprosesan perkataan (MS word)
                                                 untuk menghasilkan teks beserta imej dalam satu  
                                                 halaman. 
Hasil pembelajaran yang dijangkakan   
Di akhir pembelajaran ini, murid-murid akan dapat :
1. Menaip perkataan menggunakan perisian MS Word.
2. Menghasilkan gambar dan teks menggunakan perisian MS Word.
3. Membuka dan menyimpan dokumen dalam fail grafik.

Nilai murni : Bersyukur, bekerjasama, menghargai alam
EMK         :  Teknologi Maklumat dan Komunikasi , Kreativiti
BBB         : Komputer, Slaid, Projektor

Aktiviti

Set Induksi
1. Memperkenalkan perisian MS Word kepada murid dan
    menerangkan fungsi MS Word dan kegunaannya.

Langkah pengajaran




1. Murid dikehendaki mengikut langkah-langkah yang
   ditunjukkan oleh guru.
a. Klik start. 
b. Klik All Programs
 c. Klik Microsoft Office seterusnya Microsoft Office Word 2003 sehingga  terpapar gambar seperti yang ditunjukkan.

Aktiviti









1.Murid mencari imej gambar haiwan seperti lembu,
    kerbau, arnab, ikan dan lipas dengan bimbingan guru.
2.Klik insert pilih picture seterusnya klik from file.
 3. Guru membimbing murid mencari folder di dekstop kemudian menekan dua kali pada folder animal.
4. Guru menyuruh murid memilih gambar moyet. Kemudian klik insert.
5. Murid menaip nama haiwan dibawah gambar haiwan tersebut
6. Ulangi langkah 4 hingga 7 dengan memasukkan gambar gajah, ular dan arnab.

Pentaksiran


Murid dapat menaip teks, mencari dan memasukkam imej dan menyimpan data dalam fail.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan