Jumaat, 3 Februari 2012


SAINS TAHUN 2 - DARI KECIL HINGGA DEWASA



PEMBIAKAN DI DALAM AIR

Proses nyamuk membiak


Setelah menghisap darah, nyamuk betina bertelur dalam air. Telur itu menetas menjadi jentik-jentik ( larva ) , kemudian berubah menjadi pupa dan akhirnya menjadi nyamuk dewasa. Proses pembesaran itu tidak mendapat penjagaan atau perlindungan daripada nyamuk dewasa.

Proses katak membiak



Bermula dengan telur - berudu - mempunyai sepasang kaki belakang - mempunyai dua pasang kaki - katak muda ( ekornya gugur) - membesar menjadi katak dewasa


Katak bertelur di dalam  air. Berudu hidup dalam air tanpa sebarang penjagaan dan perlindungan. Katak dewasa hidup di darat yang teduh dan lembap.


PEMBIAKAN DI DARAT ( DI ATAS POKOK )

Proses rama-rama membiak




Rama-rama mengalami perubahan rupa semasa tumbesaran berlaku. 



PERLUNYA BENDA HIDUP MEMBIAK

1. Untuk mengembang dan mengekalkan zuriat dan spesisnya( jenisnya ).
2. Untuk menambahkan bilangannya.
3. Untuk memelihara perimbangan antara semua benda hidup dalam persekitaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan